Akhlak Penghias Individu Beriman

Akhlak penghias individu beriman

Nafsu dan sifat marah adalah 2 kekuatan yang asalnya soleh yang ada pada diri manusia. Nafsu membuatkan manusia mahukan manfaat untuk dirinya, dan rasa marah membuatkan kita mempertahankan diri kita dari keburukan. Kejahilan dan kekurangan ilmu menyebabkan manusia tidak menggunakan 2 kekuatan ini untuk kebaikan dan manfaat. Manusia yang mencari manfaat (menggunakan nafsu dengan betul) dan menghindarkan diri dari mudharat (dengan menghalakan marahnya pada arah yang betul), maka lahirlah akhlak dalam diri.

Akhlak yang baik adalah pancaran iman dari dalam diri. Tidak wujud iman tanpa terzahir dari dirinya akhlak yang baik, dan mustahil wujud akhlak yang baik tanpa iman. Pendek kata, iman dalam diri MESTI terpancar menjadi akhlak yang baik. Jika tidak terpancar, maka sebenarnya masih belum cukup iman dalam diri. Tidak juga wujud orang yang berakhlak di kalangan orang yang tidak beriman. Kerana keperibadian akhlak itulah agama, tidak boleh terpisah di antaranya.

~ Nota dari pengajaran hidup buat hari ini ~

Sumber: Kitab Madarij As-Salikin (Ibn Qayim) dan Asas-asas Islam (Abul A’ala Al-Maududi)

Advertisements


Ini tempat letak kereta di ofisku. Tempatnya taklah lawa, lantainya berminyak hitam, rasa-rasanya kalau disuruh baring di situ, tiada siapa yang mahu.

Tetapi lot-lot ini istimewa, hanya untuk orang-orang yang berpangkat sahaja. Pada lot-lot ini ditulis nombor-nombor kereta mereka. Amat beruntung sekali tuan empunya lot-lot ini. Tak perlu menggagau-gagau mencari tempat letak kereta.. kadangkala sehingga terpaksa letak kereta di kawasan ‘haram’ pun ada.

Teringat akan Syurga. Tempat kekal selamanya. Nama kita terukir di lot-lot mahligai impian dan imaginasi yang mencapai tahap mustahil. Aduh! Alangkah tak seronoknya jika tidak ada lot khas untuk AKU! Nanti aku terkapai-kapai, silap-silap aku masuk Neraka. MACAMANA YA ALLAH!

Apa kalian tidak risau??


Aku bangga tengok Malaysiaku ada banyak kemudahan-kemudahan awam yang memudahkan hidup ramai orang. Penambahbaikan di sana sini untuk memodenkan rentak hidup dan masyarakat.

Namun rasanya ada sesuatu yang sepatutnya semakin moden semakin baik, tapi nampaknya makin lama makin buruk – AKHLAQ. Akhlaq umat moden sentiasa dikaitkan dengan akhlaq buruk. Masalahnya, hakikatnya memang nampak begitu. Dengan berlatarbelakangkan gaya hidup moden yang tak semestinya tercemar, lahir ramai manusia yang menyangka bahawa cara terbaik untuk menghidupkan kehidupan yang moden ini ialah dengan berakhlaq buruk.

Maka buruk sekali akhlaq mereka.

Sayang ramai tidak faham bahawa kehidupan yang terindah dalam dunia yang serba mudah (yakni penuh dengan kemudahan moden berbanding dulu) ini hanya boleh dicapai apabila masing-masing menjaga akhlaq masing-masing supaya tak jengkel dipandang manusia dan Tuhan.

Tercemar sekali usaha-usaha pemerintah untuk memakmurkan tanah ini jika manusianya merosakkan diri sendiri.

Maka perlulah tarbiyah dijalankan diperingkat unit terkecil masyarakat, yakni individu, supaya masyarakat terbina oleh mereka-mereka yang baik akhlaqnya – masyarakat Islam yang faham. Sesiapa yang memandang remeh akan kepentingan ini, perjuangannya bakal dipijak-pijak orang.


Most people who are successful commit themselves to life-long learning.

More often then not, learning can be much more effective if we involve ourselves in formal learnings as compared to informal/self-learnings. Invest in education! By doing so, the mind can be more focused to learn.

Secara amnya, kalau bos besar dia tak takut, bos kecil lebih-lebih lagi dia tidak akan takut. Demikian juga, sekiranya manusia tidak takut akan Allah, mustahil dia akan patuh pada hukum manusia.

Sebelum kita mendalami kenapa si perokok ini sanggup membuang kotak rokok (sampah) seperti ini, agaknya sekiranya kita berkenalan dengan orangnya, akan hilanglah segala rasa pelik.

Demikianlah sistem minda semua manusia. Banyak sudah hukum manusia yang direka kononnya itulah yang terbaik. Malangnya ramai yang lupa bahawa kerja manusia yang paling utama dan pasti akan membuahkan hasil yang menyeluruh ialah da’wah ilalLah. Jadi kenapa mahu membazir masa mengajak manusia ke arah corak pemikiran yang lain sedangkan hanya jalan Allah itu sahajalah yang pasti?

Pembuang sampah ini takut kepada siapa? Ke mana arah tuju pemikirannya?

Sudah menjadi perkara biasa ‘berita-berita’ begini dipampangkan di dada-dada akhbar terutamanya tabloid-tabloid tempatan. Masyarakat dibiasakan dengan unsur-unsur yang ada didalamnya, sehinggakan anak-anak kecil sekalipun sudah pandai ‘menggunakan’ perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.

Apakah sebenarnya faedah memampangkan perkara-perkara begini kepada masyarakat?.. melainkan kerosakan? Hal-hal begini bukanlah untuk digembar-gemburkan.. atau disensasikan.. atau diutamakan melainkan hanya layak diletakkan di satu bucu akhbar yang kebarangkalian orang akan membacanya amat kurang, ataupun jangan dimasukkan langsung.

Rasulullah SAW semasa hayatnya, memilih untuk sedaya upaya mengelakkan dari pengetahuan-pengetahuan begini zahir di mata masyarakat, kecuali terpaksa. Pernah Rasulullah SAW didatangi seorang perempuan yang mengaku telah berzina, tetapi baginda tidak juga mahu menjalankan hukum rejam di khalayak ramai melainkan setelah berkali-kali dirayu. Di sini kita belajar bahawa Rasulullah lebih cenderung untuk mengelakkan hal-hal buruk begini sampai kepada pengetahuan masyarakat umum. Ini amat berbeza sekali dengan kelakuan kita yang jika boleh hendak mensensasikan lagi perkara-perkara seperti ini.

Trend begini mesti diubah. Akhbar mampu membentuk masyarakat. Apakah perasaan kita sekiranya suatu hari anak kecil kita datang kepada kita dan bertanya “Rogol tu apa ayah?” hasil bacaannya dalam akhbar? Apakah yang akan kita jawab?


Umat ini amat bernasib baik kerana tidak diturunkan azab oleh Allah SWT serta merta seperti ummat-ummat terdahulu. Oleh kerana ‘tawaran istimewa’ dari Allah ini, ramai yang lupa apakah peranan mereka yang sebenarnya di atas muka bumi Allah.

Ramai yang mengambil jalan mudah dengan melupakan tanggungjawab dakwah, dan menganggap diri mereka seolah-olah terlepas dari neraca pertimbangan Allah. Bahawa mereka bukanlah bergelar ‘pendakwah’, maka mereka tidaklah perlu berdakwah. Kononnya itu hanyalah kerja ‘pendakwah’ dan mereka hanyalah sebahagian daripada masyarakat (?). Inilah kekeliruan yang besar.

Di kalangan kita, apakah sama orang-orang yang menjalankan tanggungjawab dakwah, yang sentiasa memikirkan tentang masalah umat, berbanding orang-orang yang memilih untuk menjalani kehidupan harian seolah-olah dia sudah pasti sebelah kakinya sudah dapat menjejak syurga, dan sekadar menjadi sebahagian daripada masalah ummat itu sendiri??

Bangunlah wahai ummat yang ramai! Carilah kebenaran!