
Akhlak penghias individu beriman
Nafsu dan sifat marah adalah 2 kekuatan yang asalnya soleh yang ada pada diri manusia. Nafsu membuatkan manusia mahukan manfaat untuk dirinya, dan rasa marah membuatkan kita mempertahankan diri kita dari keburukan. Kejahilan dan kekurangan ilmu menyebabkan manusia tidak menggunakan 2 kekuatan ini untuk kebaikan dan manfaat. Manusia yang mencari manfaat (menggunakan nafsu dengan betul) dan menghindarkan diri dari mudharat (dengan menghalakan marahnya pada arah yang betul), maka lahirlah akhlak dalam diri.
Akhlak yang baik adalah pancaran iman dari dalam diri. Tidak wujud iman tanpa terzahir dari dirinya akhlak yang baik, dan mustahil wujud akhlak yang baik tanpa iman. Pendek kata, iman dalam diri MESTI terpancar menjadi akhlak yang baik. Jika tidak terpancar, maka sebenarnya masih belum cukup iman dalam diri. Tidak juga wujud orang yang berakhlak di kalangan orang yang tidak beriman. Kerana keperibadian akhlak itulah agama, tidak boleh terpisah di antaranya.
~ Nota dari pengajaran hidup buat hari ini ~
Sumber: Kitab Madarij As-Salikin (Ibn Qayim) dan Asas-asas Islam (Abul A’ala Al-Maududi)










Komen Terbaru